Tuesday, January 20, 2009

Awas kebangkitan Akmal


MESKIPUN perhatian mungkin tertumpu kepada jaguh pecut negara, Anuar Manan pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 minggu depan, namun ia tidak menjejaskan semangat pelumba muda, Mohd. Akmal Amrun.

Pelumba pasukan MCF itu yang bakal membuat penampilan pertamanya pada kejohanan tersebut sebenarnya sudah tidak sabar untuk membuktikan kemampuannya selepas terlepas peluang beraksi pada edisi 2007.

Kali ini, selepas mendapat peluang, Akmal (gambar), 22, berazam mahu membuktikan kemampuannya dalam acara pecut sekali gus membantu pasukannya muncul antara 15 pasukan terbaik di Asia.

"Sebenarnya sejak edisi tahun lepas lagi saya sepatutnya menyertai LTdL, tapi terpaksa menarik diri atas masalah peribadi," kata Akmal kepada Kosmo! semalam.

"Sebelum ini saya banyak menyertai kejohanan di luar negara seperti Tour de East Java dan Jelajah Indonesia, jadi ia bukan perkara baru bagi saya.

"Bagaimanapun penyertaan kali ini agak istimewa bagi saya dan saya berazam untuk menggunakan pengalaman beraksi di luar negara bagi membantu rakan sepasukan lain mencapai sasaran yang kami tetapkan," kata pelumba yang lahir daripada Sukan Malaysia (Sukma) 2006 dan 2008 itu.

Menurut Akmal, meskipun laluan pada edisi kali ini dikurangkan, namun dia mengakui masih mampu memberi cabaran kepada pelumba-pelumba lain, terutamanya pada laluan berbukit.

Justeru pelumba dari Selangor ini berharap persefahamannya dengan rakan sepasukan seperti Amir Mustafa Rosli, Suhardi Hassan, Mohd. Rauf Nur Nisbah, Mohd. Faris Abd Razak, Mohd. Nor Riduan Zainal, Firdaus Daud mampu menghadirkan sedikit kejutan buat peminat negara.

"Walaupun kami baru berlatih bersama sejak tiga minggu lepas, saya rasa persefahaman dan komunikasi antara kami semakin baik.

"Sebelum ini pun kami pernah berlumba bersama-sama dalam beberapa kejohanan, jadi tidak timbul masalah mengenainya.

"Saya harap segala strategi yang akan digunakan nanti berhasil dan kami mungkin mampu mencipta kejutan di tempat sendiri," katanya yang lebih gemar kepada acara pecut berbanding pendakian.

Seramai 14 pelumba pasukan negara dan MCF kini sedang menjalani latihan pusat di Genting Highlands selama dua minggu sebagai persiapan terakhir menjelang LTdL 2009 yang bermula pada 9 hingga 15 Februari depan.

Thursday, December 11, 2008

Just now

Salam..... Hai to all lama aku yak update blog neh , tak masa laaa time kat Melbourne intenet Susah nk dpt ... Anyway pada masa skang neh aku kat international airport hongkong join tour south china sea 2008 sebagai persiapan utk le tour langkawi febuary nanti aynway aku akan Cuba update tour nanti stay on daaaa

Saturday, October 25, 2008

chanternya shanghai waktu malam





ni laaa kota shanghai.. apa nama tmpat ni pun aku tak tahu agak jauh jugak laa dr hotel team duduk naik kereta 30 min... best owhh main tawar tawar kat sini... harga dr 178RMB boleh turun smp 20RMB

akhirnya...!!!pulang modAL...





akhirnya kerja yang dilakukan selama ni tak sia-sia... kejar sini pergi class pergi training,,, dapat jugak pulang modal kat tour hongkong shanghai... aku ucap kan terima kasih atas team work member mcf tanpa diorang tak der laa aku atas podium toh... dah kena pancung baru la nk bukak mata.. kLo tak leka jer memanjang...dapat jugak pancut arak atas podium.. tum pic me and my father as team manager,, senang skit bwat reaport....hikhikhik

Thursday, October 23, 2008

Travel day 10 hours dlam bus @ rest day

harini rest day kat sini travel dekat 1000km,,
lebih kurang 10 jam duduk dalam bus pagi matahari kelua kitorang pun jalan,, petang mata hari terbenam baru lah sampai ke destinasi yang dituju...sakit pinggang owhh

Stage 3b tour

stage 3b patang pukul 4.30
pagi da kena pancung ,, patang baru semua ok
black and kayu ada peningkatan yang progesif.. jasmin cuba break away tapi tak berjaya team konica memang tak bg lapes,,
result semua top 20 best best kumpul duit

Stage 3a tour





harini stage 3 ,, dimana stage ni aku pakai jersi asian pasifik leader,
lagi satu stage ni pagi pentang .. pagi 78km 10 lap.. aku citer pagi dulu ,, di awal race memang semua plan aku jadi tp da half race jasmin dengan black join frist grop ,, then lepas sprint kedua black pulak bwat masalah dia putus dr frist grop toh teru team hancur,, individu pun hancur ,, aku dengan amir pulak kena jagi jersi hitam dengan jersi kuning coz time dekat jer dengan diorg,, start dr situ team hancur kena tinggal dekat 8 min,, aku dengan amir kejar depan mcm org gila pun tak dapat jugk ,,jasmin dapat no 10..memang balik tu kena pancung semua,,,,

Stage 2 tour





stage 2 bermula jam 8.30 pg kat sini aku sempat di interview oleh stesen TV kat china, mcm biasa laa soalan mcm mana lumba ok ker tak ,, cuaca ,, team,, bla bla bla,, lumba hari tu 107.2km ,, kat stage nih aku dapat no 2 black dpt no 8 amir no 10
kat stge ni jugak poin sprint aku dpt 13 point,, sekali gus besok nya menyarung jersi asia pasifik leader....
after the race pukul 2 transper 5 jam perjalanan untuk ker tmpt stage 3

after the race

lepas lumba stage pertama pg .. tgh hari dalam kul 2 kami semua da siap pack untuk transper ker china,, kat sini laa organise menunjukkan kelemahan diorg,, dimana kat imegrasion.. tak ada langsung laluan untak tour bergarang dengan mudah tak ada belas kasihan langsung diberikan dimana kami semua dengan team team yang lain terpaksa angkat kotak basikal barang2 lain beg semua lalu kat tmpt cop pengesahan ,, lepas keluar dari inegration tolak+angkat brg brg tu semua dlam 800m jauh nya ,,, bus parking.. then travel dlam 7 jam nk sampai ker tmpt secound stage penginapan dekat puluk 9.45 mlm br sampai guhuanzho

Stage 1 Te tour start

stage pertama 22lap 37.4km
kat stage nin picture tak sempat nk ambik masing masing bz..
kat sini kitorg mula kat dpn bangunan HSBC bank rolling star 13 km then br start kat tmpt industri park.. result of the stage aku dapat no 11 amir dapat no 10 ,, penting nya stage nih dia menentukan overall induvidu ...