CEMERLANG: Zainab bersama pemenang peringkat kedua Jelajah Negeri Sembilan (dari kiri), Vadim, Jasmin, Mehdi dan Akmal.
SELEPAS saingan peringkat pertama Jelajah Negeri Sembilan 2008 didominasi pelumba luar negara, peringkat kedua, semalam menyaksikan suasana berbeza apabila pelumba tempatan mula mempamerkan kebangkitan dan menduduki kelompok lima pelumba terbaik.
Walaupun juara saingan dari Nilai-Gemas sejauh 190 kilometer itu masih menjadi milik Mehdi Sohradi dari Iran, Mohd Jasmin Ruslan dari Terengganu mengekori di tempat kedua diikuti Mohd Akmal Amrun dari Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (MNCF) dan Mohd Nor Ridzuan Zainal (ATM) di tempat keempat, membuktikan keupayaan mereka memberikan saingan.
Seramai 10 pelumba tiba ke garisan penamat dalam kelompok pertama dengan catatan 4 jam 51 minit 31 saat.

No comments:
Post a Comment